Saturday 30 July 2016

CINTA?

Adakah hati ini menipu lagi?
Kerap kali diri mengenal cinta.
Rasa itu sering ku anggap cinta.
Adakah ini cinta?

Siapakah dia?
Dengan hanya memandangnya dari jauh,
hati ini tak keruan.
Adakah rasa ini sama seperti rasa yang lain?

Takut untuk menyukainya.
Dia terlalu sempurna.
Aku tak ingin mengecewakannya.
Dia terlalu baik.
Dia yang mampu membuatku tersenyum tanpa sedar.
Membuat kaki ingin berlari mengejar pelangi.

Dia seperti malaikat.
Menyelamatkan hati yang lara.
Menggembirakan wajah yang sedang berduka.
Menghapus gusar yang bermain di jiwa.

Memandangkan aku masih ragu,
Cukuplah ku katakan,aku meminatinya.

(CRUSH BERAT)

Friday 15 July 2016

Tanggungjawab

Dulu pernah terfikir, seronoknya kalau dapat jadi dewasa. Ada duit sendiri. Boleh jalan sendiri. Ada ramai kawan.Kenapa ? Kenapa sekarang tiba-tiba nak kembali ke zaman kecil dahulu? Mungkinkah sebab penat tatkala menjadi dewasa? Apabila mula ingin menjadi dewasa,semakin hari menjadi semakin meletihkan. Banyak perkara perlu difikirkan. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab sebagai pelajar,tanggungjawab sebagai anak dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pelajar kelak. Melihat dunia kini, air mata mudah saja mengalir. Aku ingin kembali ke masa di mana aku tak perlu berfikir. Aku tak perlu membelanjakan wang. Aku tak perlu peduli tentang perasaan orang lain. Hati terkadang terdetik, aku gembirakah ? Bila kali terakhir aku benar-benar ikhlas untuk gembira ? Bila saat aku menangis ? Mengapa aku menangis? Bila aku boleh berehat ? Kesibukan hari-hariku mengundang kelelahan yang tak tertahankan. Aku cuba bertahan daripada melayani letih atas rasa tanggungungjawab,namun aku ini manusia. Tak kira selama mana aku bertahan , aku akan tetap merasai penat. Cukuplah andai ada sahabat yang boleh menemaniku tetapi aku tak punya sahabat. Di mana mereka saat aku tak mampu? Di mana mereka saat aku menangis kelelahan? Andai mereka tahu keadaanku sekalipun,itu semua kerana aku yang menghampiri mereka. terpaksa menebalkan wajah untuk mengadu mengenai hatiku yang lara. Tapi mereka? Mereka tak pernah bertanya,mereka hanya membiarkan aku sepi . Pergi mengambil haluan masin-masing. Itukah sahabat? Sungguh,aku cemburu melihat orang lain yang punya sahabat. Mereka menangis di bahu sahabat mereka. Meluahkan rasa bersama. Bergembira dan tertawa bersama setiap hari. Indah sungguh... Sedangkan aku? Aku menangis tanpa ada sesiapa pun mengetahuinya. Aku menumpang ketawa hanya bila orang lain ketawa. Hanya mampu percaya Allah lebih mengetahui takdirku.